Jerantut MTB XC Race Series 2016 Series-1

Free Register | Forget Password?

Main PageEventTiming ResultPhoto Album

External Event

 ShareShare 
 Jerantut MTB XC Race Series 2016 Series-1
 VenueTaman Warisan, Jerantut Pahang
Jerantut
 Event TypeJamborace
 DateSun, 17 Apr 2016  08:30 AM
 WebsiteView

Siri perlumbaan Mountain Bike ( MTB ) berbentuk cross country ( XC ) yang menjadi medan untuk mencari bakat-bakat baru acara basikal bukit di Malaysia.

Siri-1 : 17/04/2016 ( Ahad )
Siri-2 : 08/05/2016 ( Ahad )
Siri-3-8 : Julai - Disember 2016

Syarat dah peraturan :

1. Seseorang peserta boleh menyertai lebih dari satu acara sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan
dan masa acara tidak bercanggah. Bayaran yuran penyertaan hanya sekali sahaja.

2. Penyertaan adalah terbuka kepada semua peminat sukan berbasikal dan tarikh tutup penyertaan adalah pada
9:00am 17/04/2016.

3. Basikal yang digunakan sebaik-baiknya basikal bukit jenis bergear, mempunyai brek yang berfungsi. Basikal
jenis berenjin adalah tidak dibenarkan.

4. Program ini akan dijalankan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Semua keputusan
pihak penganjur adalah muktamad.

5. Peserta digalakkan memakai "helmet" / topi keledar semasa pertandingan.

6. Hadiah akan diberikan kepada semua pemenang kategori dari tempat 1 - 5. Yuran penyertaan adalah sebanyak
RM 20 / peserta.Info akaun bank : Public bank berhad 4612410033 KELAB BERBASIKAL JERANTUT PAHANG

7. Borang penyertaan boleh didapati di alamat dan cara tersebut :

Kedai Basikal Hong
No. 3, Bandar Inderapura,
Jalan Zapin,
27000 Jerantut,
Pahang.
Tel : 013-9884778, 2662370

Kedai Basikal Yen Soon
S-2, Jalan Tahan,
Bandar Baru,
27000 Jerantut,
Pahang.
Tel : 016-9226789, 2662129

E-mail :
enjoycycling@yahoo.com
atau SMS E-mail anda ke 012-7711643
untuk borang penyertaan

8. Semua peserta boleh mengambil nombor peserta masing-masing pada 16/04/2016 jam 5 pm - 7 pm dan
sebelah pagi hari program jam 8 am - 9 am di tempat permulaan ( taman warisan, bukit Istana ) .

9. Semua peserta akan layak untuk cabutan bertuah pada penghujung program. No. bertuah adalah No. peserta
masing-masing.

10. Kategori Pertandingan :
Lelaki Junior ( 18 tahun dan kebawah ) - 3 lap
Lelaki junior veteran ( 35 - 44 tahun ) - 3 lap
Lelaki senior veteran ( 45 tahun ke atas ) - 3 lap
Lelaki Terbuka - 4 lap
Wanita Terbuka - 2 lap

11. Penganjur berhak membatalkan sesuatu acara jika didapati acara tersebut kurang daripada 5 orang peserta.

12. Semua peserta digalakkan berada di tempat pertandingan 1 jam lebih awal bagi mengelakkan segala masalah
berkaitan penyertaan peserta.

13. Segala makluman dan berita terkini mengenai program ini boleh didapati di Facebook : " KELAB BERBASIKAL
JERANTUT, PAHANG ".

14. Aturcara Majlis :
7 : 30 am - 8 : 30 am : Pendaftaran Peserta
8 : 45 am - 9 : 45 am : Junior lelaki 18 tahun dan ke bawah ( 3 lap ) - 1 jam
10 : 00 am - 11 : 00 am : Junior veteran lelaki 35 - 44 tahun ( 3 lap ) - 1 jam
11 : 15 am - 12 : 15 pm : Senior veteran lelaki 45 tahun dan keatas ( 3 lap ) - 1 jam
12 : 15 pm - 2 : 00 pm : Rehat / makan tengahari
2 : 00 pm - 3 : 00 pm : Wanita terbuka ( 2 lap ) - 1 jam
3 : 15 pm - 4 : 15 pm : Lelaki terbuka ( 4 lap ) - 1 jam 15 minit
5 : 00 pm : Majlis Penutup, penyampaian hadiah dan cabutan bertuah

Bikeaway.com.my - Copyright © 2013-2025 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved