KENAPA OTAI WARRIORS DI KOTA TINGGI ? Di sinilah tempat bermulanya sejarah Kesultanan Melayu Johor. Ia berkaitan dengan pengaruh Melayu Melaka, Johor-Riau, Singapura dan Linggi. Kota Tinggi juga dikenali sebagai sebuah bandar sejarah kerana Kesultanan Johor diasaskan di sini. Terdapat banyak makam sejarah di sini, termasuk Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (makam Sultan Mahmud Shah II) dan Makam Tauhid di Kampung Makam. Makam Laksamana Bentan pula terletak di Kampung Kelantan dan Makam Bendahara Tun Habib Abdul Majid juga di Kampung Makam. Cerita sejarah ini pernah difilemkan pada tahun 1960-an dengan diberikan nama "Dang Anom". Barisan pelakon yang membintangi filem ini termasuklah Allahyarham Nordin Ahmad sebagai Laksamana Bentan. * Sempena Kewujudan sejarah ini, OTAI WARRIORS MTB CHALLENGE 2015 diwujudkan agar semua serantau Asia Tenggara dan juga rakan2 seluruh Dunia dijemput untuk merasai SEJARAH PAHLAWAN (WARRIORS) terbitnya KOTA BERSEJARAH, Kota Tinggi. * Lokasi Pilihan adalah lokasi berpendudukan 100 % masyarakat Melayu Kota Tinggi. Link :https://www.facebook.com/pages/Otai-Warriors-MTB-Challenge/836486493067149 |  |