SEREMBAN 2 TOWER MOUNTAIN BIKE (MTB) HASH (“MTMBH”).

Free Register | Forget Password?

Main PageEventTiming ResultPhoto Album

External Event

 ShareShare 
 SEREMBAN 2 TOWER MOUNTAIN BIKE (MTB) HASH (“MTMBH”).
 VenueSEREMBAN NEGERI SEMBILAN
 Event TypeJamboree Ride
 DateSun, 15 Jun 2014  08:00 AM


Link :https://www.facebook.com/events/736649399720538/?ref=2&ref_dashboard_filter=upcoming&source=3&source_newsfeed_story_type=regular

S2TMBH yang akan dianjurkan bersama oleh Kayuh Man-Man (“KMM&rdquo dan Bike Zone Pedal Power Cycling Club (BZPPCC" adalah berkonsepkan "Fellowship Ride" yang bertujuan untuk mengumpul dan mengeratkan tali persahabatan di antara perminat sukan berbasikal lasak di Malaysia. S2TMBH ini bukanlah satu acara perlumbaan, ia bertujuan untuk memberi kepuasan kepada peserta sambil menikmati kelazatan dan cabaran-cabaran yang disediakan di laluan yang telah ditetapkan.

S2TMBH ini akan berlangsung di dalam laluan "Off Road" yang akan diterajui oleh beberapa orang pengayuh di panggil "Hares" dan mengunakan cebisan kertas "Paper Trail" sebagai pandu arah kepada para peserta. "Hares" akan bermula 30 minit awal dan menaburkan "Paper Trail" disepanjang laluan manakala peserta akan mengikuti laluan yang dibuat "Hares" sehinggalah ke garisan penamat ataupun sehingga peserta terjumap dengan "Hares".

Acara S2TMBH yang dianjurkan ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak, jesteru itu, pihak penganjur tidak akan menyediakan perkara-perkara asas seperti berikut:-
1. "Marshall" di sepanjangan laluan (KMM dan BZPPCC akan kayuh bersama peserta dan berada di lokasi strategik).
2. Hentian air “Water Station” untuk para perserta.
3. Pasukan bantuan bagi membawa pulang peserta yang tak dapat mengabiskan kayuhan atau mengalami kerosakan basikal atau sebagainya.

Syarat-syarat Penyertaan:
1. Peserta mestilah sihat secara mental dan fizikal bagi mengharungi cabaran dan jarak laluan yang telah ditetapkan.
2. Menggunakan basikal yang bersesuaian, sempurna dan diselenggara dengan baik dan tidak mendatangkan bahaya kepada peserta.
3. Mengenakan pakaian yang bersesuaian, helmet dan peralatan perlindungan dan lain-lain yang bersesuaian dengan keperluan peserta
4. Membawa bekalan air, makanan dan rawatan kecemasan yang mencukupi dan bersesuaian.
5. Membawa peralatan untuk membaiki basikal pada masa kecemasan.

Butiran / Aturcara S2TMBH:
1. Tarikh Acara : 15 Jun 2014 (Ahad)
2. Tempat Acara: Bikezone, Garden Avenue, Seremban 2, Negeri Sembilan
3. Pendaftaran Peserta: 7.00 Pagi hingga 7.30 Pagi
4. Taklimat MTMBH : 7.40 Pagi hingga 7.59 Pagi
5. Pelepasan Peserta: 8.00 Pagi
6. Jarak Kayuhan: 30km ++ (10% tarmac dan 90% off-road)
7. Laluan kayuhan: Ladang Getah, Ladang Sawit, Jalan Kampung (tarmac), Pendakian and penurunan yang mencabar dan lazat
8. Jangkaan Tamat Acara: 12.00 tengahari
9. Yuran Pendaftaran : RM25.00*
10. Tarikh Akhir Pendaftaran: 7 Jun 2014
*Untuk Makluman yuran pendaftaran RM25 akan digunakan untuk penyediaan makanan tengahari dan cenderahati kenangan-kenangan yang berupakan baju T-shirt.
Perhatian:
Untuk pendaftaran, sila buat pembayaran ke Akaun MAYBANK No. 155015101982, Azrin B. Shala. Setelah pembayaran dibuat sila message/watsapp (nama/IC/jantina/nama kelab/no tel/size baju) kepada Suhaimi Bin Salleh, No. Tel 010-2133274 atau Azrin B. Shala, No. tel 012 6551764.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Suhaimi Bin Salleh, No. Tel 010-2133274 atau Azrin B. Shala, No. tel 012-6551764

Bikeaway.com.my - Copyright © 2013-2024 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved