Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua riders. Perpatih Cycling Club dengan kerjasama KRT Taman Bandar Senawang akan menganjurkan Cabaran Bukit Putus 2, Jamboree MTB Perpatih. acara berbasikal MTB di Senawang. Namun atas desakan rakan-rakan berbasikal, kami telah sebulat suara bersetuju untuk mengembalikan kemeriahan acara MTB di Senawang yang akan dikenali sebagai Cabaran Bukit Putus 2. Kepada yang pernah menyertai cabaran pertama kami menjanjikan hampir 50% laluan yang baru yang akan bermula dari Taman Bandar Senawang, Panchor, Taman Nusa Intan dan Cendol Leman Dawi. Laluan tarmac adalah lebih kurang 30% dan selebihnya adalah laluan offroad yang meliputi bukit bukau, pylon TNB serta ladang kelapa sawit. Puncak tertinggi adalah 200 meter dari aras laut dan jarak kayuhan adalah lebih kurang 34 km sahaja. Kepada rakan-rakan sekelian anda semua dijemput untuk menyertainya. Setelah sebulan berhari raya inilah masa yang sesuai untuk membakar lemak-lemak dengan mendaftar untukCabaran Bukit Putus 2.0.Adakah trail versi kedua ini sama mencabar dengan versi pertama atau lebih sukar? Tepuk dada tanya selera. Keputusan di tangan anda, kedatangan anda kami nantikan dengan tangan terbuka. Kecil tapak tangan, helmet Giro kami tadahkan. "BIAR HONGEH JANJI PUEH" (Tiring but satisfying) FAKTA ACARA SETIAP PESERTA YANG MENDAFTARAKAN MENERIMA 'GOODIES BAG' YANG BERISI 1) NOPLET 2) CHIP TRANSPONDER(bagi kategori RACE sahaja) 3) KUPON CABUTAN BERTUAH 4) KUPON MAKAN 5) TSHIRT (DRY FIT ) MICRO FIBRE KENANG-KENANGAN    CABARAN BUKIT PUTUS 2.0 (RACE) Yuran Penyertaan = RM 60 (beserta chip transponder) Jumlah Penyertaan = Terhad kepada 400 peserta sahaja Kategori Yang di pertandingkan 1) Lelaki Remaja ( 15-18 tahun) 2) Lelaki Terbuka ( 19-39 tahun) 3) Lelaki Master ( 40 tahun dan keatas) 4) Wanita Terbuka (15 tahun dan ke atas) HADIAH WANG TUNAI UNTUK CBP2.0 untuk semua kategori yang di pertandingkan Juara – RM 500 Kedua – RM 300 Ketiga – RM 200 Keempat- RM 150 Kelima – RM 100 PESERTA CBP2.0 AKAN DILEPASKAN 15 MINIT AWAL SEBELUM PELEPASAN PESERTA JAMBOREE  JAMBOREE PERPATIH 2014 Yuran Penyertaan = RM 50 (tiada chip transponder) Jumlah Penyertaan = Terhad kepada 1000 peserta sahaja Tiada kategori yang dipertandingkan PESERTAJAMBORI PERPATIHAKAN DILEPASKAN 15 MINITSELEPAS PESERTA CBP 2.0 CABUTAN BERTUAH Setiap peserta yang mendaftar dan hadir untuk mana-mana acara pada hari tersebut layak dan berpeluang untuk mendapat cabutan bertuah di akhir acara sewaktu penyampaian hadiah. GAMBAR-GAMBAR LALUAN SERTA PETA LALUAN        Gotong royong memikul basikal melepasi sungai. Antara cabaran yang perlu ditempuh – meranduk sungai. Melepaskan lelah sebelum pendakian ke pylon. Pendakian menuju pylon. Puncak pylon. Downhill dari pylon. Downhill dari pylon. Downhill dari pylon. Rider tidak mengalami sebarang kecederaan. Hanya ego yang tercalar. Laluan pylon menuju cendol Leman Dawi PENAJA (akan dikemaskini) Thank you for the support |  |