SUTAMA CYCLO MTB JAMBORACE 2015

Free Register | Forget Password?

Main PageEventTiming ResultPhoto Album

External Event

 ShareShare 
 SUTAMA CYCLO MTB JAMBORACE 2015
 Venue47000 Sungai Buluh, Selangor, Malaysia
 Event TypeJamboree Ride
 DateSun, 17 May 2015  08:00 AM

KAMI KEMBALI!!
Kembali dengan tenaga dan aura yang lebih matang!
Memenuhi harapan dan permintaan rakan-rakan sepengayuhan sekalian!

Jambori basikal bukit EDISI KEDUA ini seperti yang telah diadakan sebelum ini masih mengekalkan konsep 'jambori' iaitu perjumpaan rakan-rakan pengayuh basikal serta minat yang sama sekitar semenanjung untuk sama-sama merasai laluan serta denai-denai di sekitar Saujana Utama, Sungai Buloh.

Edisi kali ini, kami kembali juga dengan penambahan kategori 'RACE' khas buat pelumba-pelumba dan kaki-kaki besi urat dawai. Pastinya akan ada hadiah-hadiah menarik ditawarkan untuk anda!

Nantikan perincian tentang hadiah-hadiah cabutan bertuah dan hadiah-hadiah untuk pemenang perlumbaan tidaklama lagi!

Semua penyertaan akan mendapat JERSI dengan rekabentuk khas bagi edisi kali ke-2 ini.

Kami yakin, dengan konsep Kita, Basikal &... Alam dalam jambori ini akan menyerlahkan lagi tujuan utama dan mengeratkan lagi hubungan antara sesama kita dengan alam sekitar melalui hobi yang sama.

Tajuk: SUTAMA CYCLO MTB JAMBORACE 2015
Tempat: Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor DE
Jarak: 36km+-
Tarikh: 17 Mei 2015
Masa: 8:00am-3:00pm
Yuran Penyertaan: RM80 (Jamboree), RM100 (Race)
Tarikh Pendaftaran Dibuka : 2 Februari 2015
Tarikh Tutup Pendaftaran : 30 Mac 2015 (early bird). Pendaftaran selepas itu sehingga 17 April 2015 (late bird) akan dikenakan tambahan RM10.
Goodies: Finisher Medal, Jersi dan lain-lain. (makan tengahari disediakan)
Pertanyaan: Hizam@Mamu (012.3137625), Jay Jay (013.6655711)
Pendaftaran Online:www.bikeaway.com.my/ Annuar Salehan (012.9783978)

Segala perinician mengenai jambori ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Link FB :

Bikeaway.com.my - Copyright © 2013-2024 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved