MTB JAMBOREE BALIK PULAU 2015

Free Register | Forget Password?

Main PageEventTiming ResultPhoto Album

External Event

 ShareShare 
 MTB JAMBOREE BALIK PULAU 2015
 VenueBALIK PULAU PENANG
 Event TypeJamboree Ride
 DateSat, 14 Mar 2015  08:00 AM



Selamat datang ke laman facebook MTB Jamboree Balik Pulau 2015 (MJBP15). Acara tahunan anjuran Kelab Berbasikal GTB ini merupakan kesinambungan dari Mini Jamboree Balik Pulau 2014 di mana seramai 800 peserta dari seluruh Malaysia dan juga Medan Indonesia telah mengambil bahagian.

MJBP15 akan dijalankan secara jamboreepenuh, iaitu bilangan peserta akan dihadkan kepada 1500 orang. Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:

M = Men Open (Terbuka Lelaki)
W = Women Open (Terbuka Wanita)
J = Junior (17 tahun ke bawah)
V = Veteran (40 tahun ke atas)

Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM70.00. Peserta akan diberikan sehelai Jersey Jamboree yang berkualiti, barangan penaja-penaja dan makan tengahari.

Venue kali ini adalah Politeknik Balik Pulau (PBU) dan laluan trek juga berbeza sama sekali dari MJBP14.

Flag off : 8:00 pagi.

Hadiah wang tunai (akan diumumkan) akan diberikan kepada peserta yang berjaya menamatkan kayuhan di tempat pertama sehingga tempat ke sepuluh bagi semua kategori.

Medal bernombor kedudukan akan diberikan untuk 500 peserta pertama dan medal finisher untuk kedudukan 501 ke atas. Nombor kedudukan mengikut kategori dan juga kedudukan keseluruhan akan diberikan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan kayuhan ini.

Cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah yang semestinya hebat menanti semua peserta bertuah di akhir jamboree ini.

Kami menunggu kedatangan semua peserta ke Jamboree ini. Terima kasih atas segala cadangan untuk menambahbaikan acara kami ini.

*Pendaftaran belum dibuka, harap maklum.

http://jamboreebalikpulau.blogspot.com/

Bikeaway.com.my - Copyright © 2013-2024 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved