Free Register | Forget Password?

Main PageEventTiming ResultPhoto Album

Article

 absurvi • 9 years ago • 2,513 viewed

 ShareShare 

    PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
    POLO BASIKAL GELANGGANG

    1. Sebanyak 2 pasukan yang dianggotai oleh 3 orang pemain diperlukan dalam pertandingan ini. Tiada penggantian pemain dibenarkan dalam pertandingan ini (tertakluk pada budi bicara Pengadil).

    2. Sebarang jenis “Mountain Bike” dibenarkan dan perlu ada sekurang-kurangnya 1brek - depan atau belakang. Digalakkan menggunakan basikal jenis ‘Fixie Bike’. Pemegang basikal mestilah ditutup hujungnya.

    3. Mallet mesti menyerupai tukul kroket dengan bahagian lebar di sisi dan bulat di hujung. Tiang ski dan paip plastik yang diubahsuai adalah bahan yang paling biasa digunakan. Hujung bahagian pemegang mallet mesti ditutup.

    4. Saiz bola yang dicadangkan adalah seperti Bola Hoki Padang atau Bola Hoki Jalan.

    5. Jarak diantara kedua-dua tiang gol adalah sama seperti panjang sebuah basikal (tayar ke tayar).

    6. Jika tiang gol dijatuhkan oleh pemain, adalah menjadi tanggungjawab pemain tersebut untuk mendirikannya seperti asal.

    Permulaan Pertandingan
    1. Setiap pemain di dalam setiap pasukan perlu berada di belakang garisan gol pasukan masing-masing di mana pada waktu tersebut bola akan diletakkan di tengah gelanggang. Pertandingan akan dimulakan dengan jeritan “3,2,1, GO!” oleh Pengadil dari tepi gelanggang.

    2. Selepas permainan / pertandingan dimulakan, tiada lagi permulaan semula akan dibuat sehinggalah salah satu pasukan menjaringkan 5 gol atau tamat masa dan pemenangnya adalah yang banyak menjaringkan gol.

    3. Lazimnya mata akhir akan dikira apabila salah satu pasukan menjaringkan sehingga 5 gol (mata penuh) ataupun dalam kiraan masa 10 minit selepas permainan dimulakan. Sesetengah permainan menetapkan hanya kepada 3 gol sahaja sebagai mata penamat.

    4. Pemain tidak boleh menggunakan atau menjatuhkan kaki sepanjang permainan dijalankan.

    5. Jaringan gol hanya dikira apabila pemain membuat pukulan ‘hit’ iaitu keadaan di mana pukulan dibuat dari bahagian hujung mallet pemain. Shuffle (pukulan dari bahagian selain dari hujung mallet) tidak dikira sebagai jaringan jika bola digelecek ke dalam gol, permainan akan diteruskan tanpa gangguan.

    6. Selepas gol dijaringkan, semua pemain perlu kembali ke separuh gelanggang sendiri. Pasukan yang telah menjaringkan gol tidak layak untuk mengambil pemilikan bola. Mereka harus berada pada posisi pada pertahanan dan perlu menunggu sehingga pasukan lawan membuat serangan sehingga tahap setengah gelanggang untuk membuat serangan.

    7. Pengadil perlu membuat pengumuman selepas gol sah dijaringkan.

    8. Hantaran ke ‘belakang’ di kawasan gol (dari garisan belakang gol hingga ke depan melalui kawasan gol - "goal offsides" . Apabila bola melalui gol dengan cara ini, gol tidak boleh dijaringkan oleh pemain yang pertama membawa bola. Mana-mana pemain yang berikutnya boleh skor jika bola dipukul (hit) dari hadapan garisan gol dan tidak masuk ke dalam gol tetapi melantun dari dinding belakang dan datang melalui gol, bola masih di dalam permainan dan masih boleh dijaringkan. Bola yang melintasi garisan gol dari belakang mesti dipukul (hit) sebelum ia boleh menjaringkan

    9. Kaki pemain tidak boleh menyentuh tanah. Setiap kali pemain melakukan demikian, pemain tidak boleh bermain bola sehingga mereka kayuh ke garisan tepi sejajar dengan garisan tengah dan pergi ke tempat yang ditetapkan untuk mengetuk gong sehingga berbunyi dengan menggunakan mallet. Selepas melakukan perkara tersebut, mereka boleh kembali untuk bermain. Gong hanya perlu diletakkan di sebelah kiri atau kanan gelanggang.

    10. Persentuhan badan ke badan dibenarkan. Pemain dengan pemain (badan ke badan mestilah pada paras bahu sahaja), kecuali menarik atau menolak pemain lain atau basikal dengan tangan. Mallet dengan mallet (amnya, memukul mallet pemain lain adalah tidak beretika, jika pemain yang tidak cuba untuk merebut bola atau hanya bermain di hadapan gol, sebagai penjaga gol). Basikal dengan basikal. Selain dari perkara yang telah dinyatakan di atas, adalah tidak dibenarkan. Mallet kepada pemain, pemain kepada basikal, mallet kepada basikal, dan lain-lain.

    11. Tidak dibenarkan “T-Boning” ke atas seseorang yang membawa bola. jika seseorang sedang mengawal bola, pihak pertahanan boleh membuat persentuhan badan ke badan, tetapi tidak boleh memotong secara melintang pemain yang sedang mengawal / membawa bola.

    12. Melontarkan mallet tidak dibenarkan sama sekali dalam permainan ini

    13. Mallet tidak boleh dihayunkan lebih tinggi daripada ketinggian pemegang basikal bila berada di kalangan pemain lain

    14. Setelah kaki pemain berada di bawah atau melakukan ‘foul’, mereka harus cuba untuk menjauhkan diri daripada bola dengan cepat dan selamat yang mungkin tanpa mengganggu pemain lain bermain.

    15. Memberi pujian-pujian atas permainan yang baik semasa permainan dijalankan adalah digalakkan.

    Kaedah-kaedah ini tertakluk kepada budi bicara Pengadil. Jika Pengadil menganggap peraturan telah dipecahkan (sama ada berbahaya atau berlaku penyelewengan) Pengadil boleh mengarahkan mana-mana pemain untuk mengetuk gong di tempat yang ditetapkan dengan mallet tanpa menyentuh bola.

    Ingat, jika pemain membuat kekasaran dalam cara ia bermain seperti yang telah dinyatakan di atas, Pengadil boleh mengeluarkan pemain dari gelanggang selama dua (2) minit walaupun pasukan lain telah / sedang menjaringkan dalam masa itu.
    ————————————————————————-
    Dicetak oleh Persatuan Polo Basikal Johor.
    15 November 2012

    Bikeaway.com.my - Copyright © 2013-2024 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved