Free Register | Forget Password?

Main PageEventTiming ResultPhoto Album

Article

 furojia • 10 years ago • 14,872 viewed

 ShareShare 

    Menunggang dengan tekanan tayar yang sesuai akan memberi banyak perbezaan pada rasa(feel) tunggangan dan juga cara kawalan basikal anda. Tayar yang terlalu keras akan mengurangkan cengkaman pada permukaan trail dan mengurangkan kawalan. Manakala tekanan angin yang terlalu rendah pula akan membuat tayar abda mudah pancit (pinch flat).

    Tekanan angin pada tayar adalah berbeza-beza mengikut rider dan setup. Keadaan trail juga memainkan peranan tentang tekanan angin yang mahu digunakan. Kuncinya ialah untuk mencari tekanan angin bagaimana yang benar-benar sesuai dengan anda dalam keadaan biasa. Kemudian, anda boleh belajar untuk mengubah tekanan ini kemudian bergantung kepada keadaan trail.

    Cara untuk mendapatkan setup tekanan angin yang sesuai untuk anda... .

    Pertama sekali anda perlu mencari pump yang mempunyai meter tekanan angin. Gunakan pump yang sama setiap kali anda membuat pengubahsuaian. Pumpini kadang-kadang boleh menjadi tidak tepat, jadi adalah lebih baik untuk anda menggunakan satu pump sahaja.

    • Mulakan dengan tekanan yang lebih tinggi sekitar 40-50 psi atau 3-3.5 bar untuk tayar bersaiz 2.2-2.3. Untuk tayar tubeless, mulakan dengan lebih rendah sekitar 30-40 psi sahaja. Semakin tinggi berat badan anda, semakin tinggi pula tekanan tayar yang anda perlukan.
    • Tunggang basikal anda dengan tekanan angin ini beberapa ketika untuk mendapatkan 'feel' bagaimana basikal anda bertindak ketika di selekoh atau permukaan yang licin.
    • Sekarang, turunkan tekanan angin sebanyak 5 psi (0.35 bar) pada setiap tayar. Dan sekali lagi tunggang basikal anda untuk sekali lagi merasa bagaimana keadaan basikal anda sekarang berbanding sebelumnya. Anda sepatutnya akan merasa sedikit perbezaan dari segi cengkaman dan kestabilan pada tayar dan basikal anda.
    • jika anda masih tidak merasa apa-apa, turunkan lagi sedikit tekanan pada tayar anda sebanyak 5 psi (0.35 bar). Apa yang anda cari sekarang ialah tekanan angin yang paling rendah boleh anda tunggang tanpa mengabaikan risiko tayar anda untuk 'pinch flat'(pancit).

    Bikeaway.com.my - Copyright © 2013-2024 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved