Free Register | Forget Password?

Main PageEventTiming ResultPhoto Album

Article

 Annuar • 10 years ago • 2,580 viewed

 ShareShare 

    Garis Panduan Pengubahsuaian Kenderaan Persendirian

    • Pemasangan air spoiler, side skirt dan aerofoil pada kenderaan.

    Pemasanganair spoiler,aerofoilatauside skirtmestilahtidak boleh melebihi 150mmdiukur dari bahagian luar tayar belakang.
    • Pemasangan door visor pada kenderaan.

    Pemasangandoor visorhendaklahtidak boleh melebihi 100mmlebar dan tinggi

    • Pemasangan tambahan bumper pada bahagian hadapan atau belakang kenderaan dan protecting guards (Kangaroo Bar) pada bahagian hadapan kenderaan.

    - Pemasangan tambahanbumperatauprotecting guard(kangaroo bar) di bahagian hadapan atau belakang mestilahtidak boleh melebihi 50%daripada bes roda kenderaan.
    - Pemasanganprotecting guards(kangaroo bar) mestilahtidak menutupilampu-lampu kenderaan dan dan tidak mempunyai bucu-bucu tajam atau bahagian yang terjulur keluarmelebihi 100mm.
    - Protecting guard(kangaroo bar) yang dipasang mestilahtidak melebihi 150mmdaripada keseluruhan lebar kenderaan.

    • Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.

    - Sekiranya rim atau tayar yang lebih besar digunakan, ianya mestilah ditutup sepenuhnya denganmudguardsataumudflap.
    - Pemasangan tayar yang lebih besar sehingga mengubah ketinggian keseluruhan kenderaan adalah tidak dibenarkan.
    • Pemasangan sun roof / moon roof / canvas top di atas bumbung kenderaan

    - Pemasangansun roof / moon roof / canvas topmestilah dilakukan dengan hanya menebuk sebahagian bumbung tanpa melibatkan pemotongan pillar bumbung asal atau pemotongan pada casis kenderaan.
    - Pengubahsuaian tersebut mestilah dilakukan pada bahagian tengah bumbung sahaja dan tiada kesan sambungan atau kimpalan pada mana-mana bahagian yang lain.

    • Pemasangan membawa tangga / bot / surf board

    - Para bumbung hendaklah dipasang dengan kukuh pada kenderaan dan ukuran tingginyatidak boleh melebihi 230mmdari paras bumbung.
    - Lebar dan panjang para bumbung mestilah tidak melebihi luas bumbung.
    - Tangga / Bot /Surf boardyang dibawa di atas para bumbung mestilah tidak melebihi bahagian hadapan dan belakang kenderaan.
    - Tangga / Bot /Surfboardyang dibawa mestilah diikat dengan kuat pada para bumbung, sekurang-kurangnya dua ikatan.
    - Roda hadapan kenderaan mestilah menanggung sekurang-sekurang 20% berat bot /surf board.
    • Penukaran kotak gear manual / automatik

    - Tiada pengubahan struktur dilakukan pada‘front cross member', ‘steering linkage'dan‘steering box'.
    - Tiada pengubahsuaian pada ‘base mounting'dan tiada kimpalan pada struktur tambahanmounting'.
    - Tiada pengubahsuaian pada ‘base engine mounting'dan tiada kimpalan pada struktur tambahan ‘engine mounting'.
    • Pemasangan kanopi / kanvas

    - Pemasangan kanopi jenishard-topmudah alih ini atau kanvas hanya dibenarkan untuk kenderaan jenistwin cab pick-upsahaja di mana jumlah penumpang adalah 5 orang.
    - Panjang, tinggi dan lebar kanopi mestilah tidak melebihi dimensi asal kenderaan.
    - Ketelusan Cahaya Tampak pada semua cermin tingkap kanopi mestilah tidak kurang daripada 50%.
    - Tempat duduk tambahan adalah tidak dibenarkan dipasang pada ruang kanopi tersebut.
    - Lampu brek ketiga hendaklah dipasang di bahagian belakang kenderaan selepas pemasangan kanopi dilakukan.

    • Pemasangan Winch, Winch Bar, Side Step, Rear Bar dan Snorkel)

    - Pemasanganwinch, winch bar, snorkel, side stepdanrear barhendaklah dipasang dengan kuat dan kemas supaya tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
    -Winch Bar,Rear BardanSide Stepyang dipasang hendaklahtidak boleh melebihi 150mmkeseluruhan lebar kenderaan dan tidak boleh menutupi lampu-lampu dan nombor pendaftaran kenderaan.
    - Pemasangan aksesori yang dipasang mestilah tidak boleh mengganggu identiti asal kenderaan tersebut.

    • Pemasangan roof-rack (para bumbung) / bike carrier

    - Para bumbung hendaklah dipasang dengan kukuh pada kenderaan.
    - Ukuran tinggi pemasangan para bumbung mestilahtidak melebihi 230 mmdari paras atas bumbung dan lebar serta panjang mestilah tidak melebihi luas bumbung.
    - Mana-mana kenderaan tidak boleh membawa muatan yang mengunjur melebihi belakang, hadapan atau tepi badan kenderaan.
    - Ukuran basikal di atas bumbung kenderaan mestilah tidak melebihi bahagian hadapan, belakang dan tepi bumbung serta perlu diikat dengan kuat dan kemas supaya tidak membahayakan pengguna jalanraya yang lain

    - Pemasanganbike carrierpada bahagian belakang kenderaan adalahtidak dibenarkan
    • Pemasangan spotlight

    - Pemasangan spotlight hanya dibenarkan pada kenderaan jenis 4X4 sahaha.
    - Pemasanganspot lightmestilah bewarna putih atau amber sahaja dan dipasang di bahagian hadapan kenderaan sebagai tambahan kepada lampu sedia ada.
    - Pemasanganspot lightdi atas bumbung kenderaan adalah tidak dibenarkan.
    - Hanya dua (2) unitspot lightsahaja dibenarkan untuk pemasangan pada kenderaan.
    -Spot lighthanya boleh digunakan semasa aktivitioff roadsahaja dan hendaklah ditutup apabila digunakan di atas jalan raya.
    - Ketinggian pemasanganspot lighthendaklahtidak melebihi 5 kaki(1524mm) dari atas permukaan jalan.

    Bikeaway.com.my - Copyright © 2013-2024 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved