Free Register | Forget Password?

Main PageEventTiming ResultPhoto Album

Article

 Annuar • 8 years ago • 1,904 viewed

 ShareShare 

    Ramai mungkin tidak menyedari selain menghasilkan peranti pintar dan alatan elektronik, Samsung juga menghasilkansistem senjata artileri K9 Thunderuntuk kegunaanTentera Republik Korea. Samsung menghasilkan senjata peperangan ini untuk Korea Selatan bagi mengurangkan pergantungan kepada negara luar sekiranya mereka diserang olehKorea Utara. Umum diketahui Samsung kini mahu menghasilkan dunia serba pintar dengan pelbagai peranti boleh-pakai seperti Galaxy Gear, televisyen pintar dan mesin basuh pintar. Kini mereka menceburi bidang penghasilan kenderaan pintar pula denganSamsung Smart Bike.

    Samsung-Smart-Bike1

    Basikal pintar ini dilengkapi dengansistem kamera, GPSdanlaser terbinabagi memastikan penunggang sentiasa dalam keadaan selamat. Sistem kamera belakang yang terletak pada bingkai basikal membolehkan penunggang melihat ke belakang tanpa menoleh. Terdapat sebuah pemegang peranti pintar pada stereng basikal. Dengan teknologiBluetoothkamera belakang ini boleh diaktifkan sekiranya perlu. Sistem pancaran laser pula memancarkan laluan basikal anda sendiri. Ia memberikan jarak selamat untuk mengekori basikal ini kepada pengguna jalan raya yang lain. Sistem GPS terbina pula membolehkan orang lain mengesan lokasi anda ketika menunggang atas sebab keselamatan. Buat masa ini basikal rekaanSamsung Maestros Academyini masih lagi dalam tahap ujian dan tiada perancangan untuk menjualnya kepada umum.

    Secara peribadi kami rasakan dunia sudah bersedia untuk basikal pintar seperti ini. Teknologi yang sama juga boleh digunakan pada motosikal kerana menunggang motosikal di Malaysia adalah sangat berbahaya.

    Bikeaway.com.my - Copyright © 2013-2024 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved