BUKIT PUTUS CHALLENGE 2.0 PERPATIH MTB JAMBOREE 2014

Free Register | Forget Password?

Main PageEventTiming ResultPhoto Album

External Event

 ShareShare 
 BUKIT PUTUS CHALLENGE 2.0 PERPATIH MTB JAMBOREE 2014
 VenueTaman Bandar Senawang,
Senawang, Negeri Sembilan.
GPS: 2.69992, 102.00670
(2° 41' 59.712", 102° 0' 24.1194")
 Event TypeJamboree Ride
 DateSun, 17 Aug 2014  08:00 AM


Details : http://bikeaway.com.my/announcement/view.cfm?AID=24


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua riders. Perpatih Cycling Club dengan kerjasama KRT Taman Bandar Senawang akan menganjurkan Cabaran Bukit Putus 2, Jamboree MTB Perpatih.


Tarikh:Ahad 17 Ogos 2014


Tempat:Taman Bandar Senawang, Senawang, Negeri Sembilan.


Masa Pelepasan:8.00 - 8.30 (akan dikemaskini kelak)


Jarak kayuhan:Lebih kurang 30 km.


GPS:2.69992, 102.00670 (2° 41' 59.712", 102° 0' 24.1194"








email : bukitputuschallenge@yahoo.com.my
BikeAway EC Enterprise
Maybank : 5622 7260 7057





PERPATIH CYCLING CLUB


Setelah berjaya mengendalikan Cabaran Bukit Putus ver 1.0 pada tahun 2011, kami di Perpatih Cycling seakan-akan menyepikan diri untuk mengendalikan
acara berbasikal MTB di Senawang. Namun atas desakan rakan-rakan berbasikal,

kami telah sebulat suara bersetuju untuk mengembalikan kemeriahan acara MTB di Senawang yang akan dikenali sebagai Cabaran Bukit Putus 2. Kepada yang pernah menyertai cabaran pertama kami menjanjikan hampir 50% laluan yang baru yang akan bermula dari Taman Bandar Senawang, Panchor, Taman Nusa Intan dan Cendol Leman Dawi.

Laluan tarmac adalah lebih kurang 30% dan selebihnya adalah laluan offroad yang meliputi bukit bukau, pylon TNB serta ladang kelapa sawit. Puncak tertinggi adalah 200 meter dari aras laut dan jarak kayuhan adalah lebih kurang 30 km sahaja.

Kepada rakan-rakan sekelian anda semua dijemput untuk menyertainya. Setelah sebulan berhari raya inilah masa yang sesuai untuk membakar lemak-lemak dengan mendaftar untukCabaran Bukit Putus 2.0.Adakah trail versi kedua ini sama mencabar dengan versi pertama atau lebih sukar? Tepuk dada tanya selera. Keputusan di tangan anda, kedatangan anda kami nantikan dengan tangan terbuka. Kecil tapak tangan, helmet Giro kami tadahkan.
"BIAR HONGEH JANJI PUEH" (Tiring but satisfying)

FAKTA ACARA
SETIAP PESERTA YANG MENDAFTARAKAN MENERIMA 'GOODIES BAG' YANG BERISI
1) NOPLET
2) CHIP TRANSPONDER(bagi kategori RACE sahaja)
3) KUPON CABUTAN BERTUAH
4) KUPON MAKAN
5) TSHIRT (DRY FIT ) KENANG-KENANGAN
CABARAN BUKIT PUTUS 2.0 (RACE)
Yuran Penyertaan =RM 60(beserta chip transponder)
Jumlah Penyertaan = Terhad kepada 400 peserta sahaja

Kategori Yang di pertandingkan

1) Lelaki Remaja ( 15-18 tahun)
2) Lelaki Terbuka ( 19-39 tahun)
3) Lelaki Master ( 40 tahun dan keatas)
4) Wanita Terbuka (15 tahun dan ke atas)


PESERTA CBP2.0 AKAN DILEPASKAN 15 MINIT AWAL SEBELUM PELEPASAN PESERTA JAMBORI

JAMBORI PERPATIH 2014
Yuran Penyertaan =RM 50(tiada chip transponder)
Jumlah Penyertaan = Terhad kepada 1000 peserta sahaja

Tiada kategori yang dipertandingkan

PESERTAJAMBORI PERPATIHAKAN DILEPASKAN 15 MINITSELEPAS PESERTA CBP 2.0

HADIAH WANG TUNAI UNTUK CBP2.0

untuk semua kategori yang di pertandingkan


Juara – RM 500


Kedua – RM 300


Ketiga – RM 200


Keempat- RM 150


Kelima – RM 100




CABUTAN BERTUAH


Setiap peserta yang mendaftar dan hadir untuk mana-mana acara pada hari tersebut layak dan berpeluang untuk mendapat cabutan bertuah di akhir acara sewaktu penyampaian hadiah.




TARIKH DAN LOKASI PENGAMBILAN 'GOODIES BAG'


(akan dikemaskini)




GAMBAR-GAMBAR LALUAN SERTA PETA LALUAN


(akan dikemaskini)




PENAJA


(akan dikemaskini)


Thank you for the support

Bikeaway.com.my - Copyright © 2013-2024 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved