GENTING RIDE 2014 - Sempena Festival Hari Belia di Putrajaya.

Free Register | Forget Password?

Main PageEventTiming ResultPhoto Album

External Event

 ShareShare 
 GENTING RIDE 2014 - Sempena Festival Hari Belia di Putrajaya.
 VenuePresint 3, Jalan Permodenan
 Event TypeNite Ride
 DateFri, 23 May 2014  08:00 PM

Kepada semua pengemar berbasikal acara Fun Ride "GENTING RIDE 2014" - Sempena Festival Hari Belia kembali lagi untuk kali yang ketiga.

Genting Ride 2014 yang akan dianjurkan oleh "Rainbow Jersey Events" akan bermula di tempat yang sama sebelum ini iaitu di Jalan Permodenan, Presint 3, Putrajaya (di belakang Palace ofJustice Putrajaya). Kayuhan fun ride ini hanyalah berkayuh disekitar Putrajaya sahaja dan jaraknya adalah lebih kurang didalam 28km (akan diberitahu bersama dgn route jalan).

Acara kali ini akan diadakan pada 23/05/2014, bermula jam 8malam. No plat dan t.shirt boleh diambil pada 22/05/2014 bermula jam 11pagi sehingga 9malam di lobby, Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya. Pendaftaran akan ditutup pada 18/5/2014, selepas itu kalau hendak mendaftar boleh diterima tetapi t.shirt dan medal tidak dapat diberi kerana masa terlalu suntuk.

Seperti biasa kami akan sediakan hadiah cabutan bertuah yang menarik (akan dimaklumkan kelak bersama-sama dengan gambar), medal finisher, t.shirt dan juga makan setelah berkayuh.

Yuran penyertaan hanyalah RM20.00 (dua puluh ringgit sahaja) seorang, para perserta boleh mendaftar dihalaman- "www.rainbowjerseyevents.com". Segala info ada disana dan anda boleh mendaftar sekarang.

Selepas mendaftar, anda boleh membuat pembayaran kepada - "Rainbow Jersey" - acct Maybank - 5624-1450-9417.

Selepas membuat bayaran anda faxkan bersama keterangan diri ke no - 03-8737 8886 atau scan dan hantar ke email - "gentingride2014@gmail.com" atau whtsapp ke 016 2255695. Setelah mendapat resit ini kami akan update di website dan juga akan hantar satu email pengesahan pendaftaran.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi -

M.Kumaresan 016 - 2255695
Musairi Musa 013 - 3955695
Mohamad Fauzi 017 - 6453396
Aznita 011 - 23319704

Sekian Terima Kasih.

www.rainbowjerseyevents.com

p/s : Sesiapa berminat untuk menyewa basikal pada hari event "Genting Ride 2014", Rakan kedai basikal kami ada sediakan dengan bayaran sewa sebanyak RM30.00 (tigapuluh sahaja).


POSTS

Bikeaway.com.my - Copyright © 2013-2024 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved