Free Register | Forget Password?

Main PageEventTiming ResultPhoto Album

Article

 absurvi • 9 years ago • 2,311 viewed

 ShareShare 

    Minat untuk berbasikal samada daripada golongan kanak-kanak, murid-murid sekolah, belia remaja, dewasa dan veteran sudah menjadi satu budaya di Malaysia. Suatu perkembangan yang baik untuk memupuk budaya sihat di kalangan rakyat Malaysia yang diancam dengan pelbagai penyakit zaman moden, abad ke-21 seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan serangan penyakit jantung.

    Sorotan sukan berbasikal kali ini adalah mengenai sukan yang baru diperkenalkan di Malaysia yang asasnya menggunakan basikal. Memang tidak asing lagi kita mendengar dan terbaca mengenai sukan polo kuda (horse polo) yang menjadi lagenda sebilangan peminat yang bermodal besar dan berkomitment tinggi.

    Namun bagi rakyat biasa, sukan polo basikal boleh dijadikan aktiviti riadah yang hampir sama dengan sukan polo kuda. Bermodalkan sebuah basikal fixie atau mtb, sebuah pemukul (mallet) dan sebiji bola tenis (polo padang) atau bola hoki (polo gelanggang) sudah boleh menjalani latihan kecergasan.

    Sukan Polo Basikal (polobike) merupakan satu permainan baru berupa "modified game" yang mungkin menjadi satu kebanggaan kepada rakyat Malaysia suatu masa nanti. Kegiatan dan aktiviti ini akan bergerak lebih aktif bila ada sokongan dan dorongan komuniti setempat, agensi kerajaan dan swasta selaras dengan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Cogankata "Minda Cergas Terletak Pada Badan Yang Sihat", menjadi satu daya tarikan dan motivasi kepada generasi muda untuk menjadikan sukan sebagai satu cara hidup masa kini.

    KENALI SUKAN POLO BASIKAL
    KemunculanPolo Basikaldi Malaysia merupakan satu lagi variasi sukan berkuda yang menjadi kebanggaan negara.Kuda digantikan dengan basikal setidak-tidaknya dapat membuka mata peminat-peminat sukan bahawa kemunculan Polo Basikal menjadi pilihan utama di kalangan murid sekolah, para pelajar kolej, maktab, universiti malah orang dewasa yang bekerja dan aktif bersukan pada masa depan.

    Seperti Sukan Polo Kuda, Sukan Polo Basikal dibahagikan kepada dua kategori. Pertama Polo Basikal (padang) dan kedua ialah Polo Basikal (gelanggang).

    Kategori Polo Basikal (padang), permainan dijalankan di padang berumput , berukuran 150 meter panjang x 40 meter lebar. Setiap pasukan boleh terdiri daripada lapan (8) orang pemain termasuk empat pemain simpanan. Empat (4) orang pemain utama di dalam padang dengan menunggang basikal masing-masing, membawa pemukul bola (mallet) dan berusaha menjaringkan gol seberapa banyak yang boleh untuk meraih kemenangan.

    Rujukan jenis Sukan Polo (Padang) sila kunjungi alamat URL berikut , http://www.cyclepolo.com/ ( Cycle Polo Federation of India). Manakala Sukan Polo (Gelanggang), sila kunjungi pula, http://fleetvelo.com/fv/ (USA),

    Manakala kategori Polo Basikal (gelanggang), permainan dijalankan di gelanggang berturap, berukuran 47.25 meter panjang x 25 meter lebar. Satu pasukan hanya terdiri daripada tiga (3) orang pemain sahaja.

    Anda boleh mengunjungi laman blog Kelab Polo Basikal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor, Malaysia seperti tertera pada alamat URL, http://polobasikalsmkbt.blogspot.com

    dan sejarah penting Sukan Polo Basikal ketika kami pulang dari Charttigart, India pada tahun 2009.

    Sila kunjungi URL berikut : "Copy dan paste" pada google search engine : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1222&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_07.htm

    Untuk keterangan lanjut sila hubungi absurvi ditalian +60137780699.

    Bikeaway.com.my - Copyright © 2013-2024 Webber Dot My Solutions (002351632-A). All rights reserved