Berbasikal bagus untuk kecilkan peha dan punggung

SENAMAN berbasikal memang baik untuk membentuk dan menguatkan otot bahagian bawah tubuh seperti peha dan punggung.
Untuk hasil maksimum, sesuaikan ketinggian tempat duduk dengan pegangan tangan sebelum mula berlatih.
Sebaiknya, duduk sedikit lebih rendah dan tegakkan badan ketika mengayuh. Hindari posisi duduk yang terlalu tinggi kerana ia akan membuatkan anda membongkok ketika berlatih.
Paling penting, ketika mengayuh, usahakan agar kayuhan tetap stabil. Jangan kerana terlalu bersemangat, anda membiarkan tubuh badan dalam posisi membongkok.
Keadaan ini hanya akan membuatkan anda cepat letih serta membuatkan punggung dan siku mudah cedera.
Kayuhlah dengan perlahan-lahan dengan posisi tumit mengarah ke bawah. Tambahkan bebanan pada roda supaya kayuhan menjadi perlahan.
Kayuhan yang perlahan akan menggunakan lebih banyak tenaga dan akan membuatkan senaman anda lebih berkualiti walaupun dilakukan dalam tempoh yang pendek.